Pengumuman Harian


- Kepada semua pemain bowling, esok akan diadakan latihan di Ampang Superbowl pada pukul 3 petang dan bas akan disediakan.
- Kepada semua atlet sukan teras tenpin bowling, sila tunggu sebentar selepas perhimpunan untuk berjumpa dengan Puan Norzi.
- Perhatian kepada semua pengawas percubaan yang baru dilantik, hari ini akan diadakan satu mesyuarat di kantin.
- Perhatian kepada semua pengawas, termasuk pengawas percubaan, mesyuarat akan diadakan pada hari Khamis pada pukul 1.50 petang di kantin.
- Puan Fauziah ingin berjumpa dengan semua pelakon drama BI 2006 dan 2007 selepas perhimpunan.
- Perhatian kepada semua pelajar, sesi penjualan gambar akan diadakan sekali lagi pada hari ini dan esok.
- Sempena dengan Bulan Membaca Kebangsaan, Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Pertandingan Mengarang Esei Bahasa Melayu dan Pertandingan Ulasan Buku. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar tingkatan 1-5. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan kenyataan di Pusat Sumber Sekolah.

 

Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK Gunung Rapat


Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat adalah sekolah harian terbaik di negeri Perak, Malaysia. SMKGR juga telah dianugerahkan sebagai " Sekolah Kluster ". Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Jalan Teoh Kim Swee, 31350, Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel.: 05-3122855 FAX: 05-3132067